ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN XI - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 87. Kontrak sedia ada.

Tertakluk kepada Ordinan ini, semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan-perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja tarikh ditetapkan dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 86 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh terhadap atau untuk Majlis dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah Majlis yang ditubuhkan di bawah Ordinan ini telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi satu pihak dalam surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan-perkiraan kerja itu dan bukannya Majlis terdahulu atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis terdahulu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.