ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 121. Pemeriksaan rahsia.

(1) Pemeriksaan rahsia hendaklah dibuat dengan surat rahsia mana Hakim menulis nama plaintif atau pihak pendakwa dan perkara yang dituntut atau didakwa, juga nama saksi, pengenalan, perkerjaan, tempat tinggal, bagi mengenalpasti dan menghuraikan saksi tersebut dengan cara yang jelas.

(2) Surat itu dimasukkan ke dalam satu sampul termeterai yang kemudiannya diberikan kepada orang yang dipilih untuk menjadi saksi (
muzakki). Sebaik sahaja sampul itu diterima dan dibaca oleh pemeriksa saksi, dia hendaklah menulis di bawah nama saksi itu perkataan "adil" jika didapati saksi itu adil dan "tidak adil" jika didapati saksi itu tidak adil dan hendaklah menandatangani dan menghantarkan surat itu kembali kepada Hakim.

(3) Apabila surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dan tidak terdapat perkataan "adil" daripada pemeriksa saksi tentang saksi tersebut, tetapi terdapat perkataan yang memberi makna tidak adil (
jurh), secara jelas atau tersirat, Hakim bolehlah meminta plaintif atau pihak mendakwa membawa saksi lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.