ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
PERNYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN KHAS



Seksyen 23. Kerelevanan catatan di dalam rekod awam yang dibuat semasa menjalankan kewajipan.

Suatu catatan di dalam mana-mana buku, daftar atau rekod awam atau di dalam buku, daftar atau rekod rasmi lain, yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan yang dibuat oleh seorang pengkhidmat awam pada menjalankan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan suatu tugas yang diperintahkan dengan khasnya oleh undang-undang negara di mana buku, daftar atau rekod itu disimpan, adalah sendirinya suatu fakta relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.