ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN ( PLIDING )
Seksyen 53. Pembelaan.
(1) Jika defendan mempertikaikan tanggungannya keseluruhan atau sebahagian dari tuntutan itu, dia bolehlah-
(
a
) pada bila-bila masa sebelum tarikh kembalian saman itu, menyampaikan kepada plaintif suatu notis kehadiran atau suatu pembelaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mana notis kehadiran boleh dipakai;
(
b
) hadir pada tarikh kembalian saman dan mempertikaikan tuntutan plaintif.
(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh mengarahkan defendan supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam tempoh masa yang diarahka n oleh Mahkamah dan mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu.
(3) Jika defendan tidak menyerahkan pembelaannya secara bertulis pada mula-mula dia hadir di Mahkamah dan tidak mahu berbuat demikian tetapi dia berhasrat untuk membela tindakannya itu, maka Mahkamah hendaklah menyelidik dengan menyoal alasan-alasan pembelaannya dan selepas itu tidak boleh membawa alasan-alasan pembelaan yang lain tanpa kebenaran Mahkamah.
(4) Sesuatu pembelaan boleh dikemukakan dalam borang yang ditetapkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.