ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 75. Beban membuktikan fakta tertentu.

Beban membuktikan sesuatu fakta yang tertentu adalah terletak atas orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai adanya fakta itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu hendaklah terletak atas mana-mana orang tertentu.

MISALAN

A berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu ia berada di suatu tempat lain. Ia mestilah membuktikannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.