ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 70. Anggapan tentang perutusan telegraf.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang yang perutusan itu berupa dialamatkan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dlihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa telah dihantar; tetapi Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang siapakah yang telah menyerahkan perutusan itu untuk dihantar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.