ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI
Seksyen 68. Kesalahan lain.
Mana-mana orang yang tanpa sebab yang munasabah-
(a) tidak mematuhi notis yang diberikan di bawah seksyen 27, 28, 29(3), 30, 31(3), 33(1) atau 35;
(b) tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah seksyen 31(3) atau 32; atau
(c) melanggar seksyen 31(1), 32(2), 34(1) atau 37,
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.