ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 94. Bila kesalahan yang dibuktikan dimasukkan dalam kesalahan yang dipertuduhkan.

(1) Apabila seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan yang rnengandungi beberapa butiran, di mana kombinasi daripada beberapa butiran itu sahaja menjadikan suatu kesalahan lebih ringan, dan kombinasi itu dibuktikan tetapi butir-butir yang tertinggal itu tidak dapat dibuktikan, maka dia bolehlah disabitkan atas kesalahan lebih ringan itu walaupun dia tidak dipertuduhkan atas kesalahan itu.

(2) Apabila seseorang dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan dan fakta-fakta yang dibuktikan menunjukkan kesalahan lebih ringan, maka dia bolehlah disabitkan atas kesalahan lebih ringan itu walaupun dia tidak dipertuduhkan atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.