ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN HAKIM DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 9. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas syor Ketua Hakim Syarie, boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.