ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 12. Kehadiran bukan ahli dalam mesyuarat.

(1) Pengerusi boleh menjemput sesiapa yang bukan ahli Majlis hadir dalam mesyuarat Majlis, jika perkara yang dibincang dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(2) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subseksyen (1) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis, tetapi tidak boleh mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.