ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 149. Bila rayuan boleh dibuat.

(1) Peruntukan seksyen 133 dan 134 hendaklah terpakai bagi rayuan daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada menjalankan tugas dari bidang kuasa asalnya.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (1) mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Tinggi Syariah dalam sesuatu kes atau perkara jenayah yang kepadanya dia adalah suatu pihak, boleh membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau kedua-keduanya atau atas alasan apa-apa hukuman yang dikatakan berlebihan atau yang dikatakan tak memadai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.