ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 67. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh iddah atau apabila isteri itu menjadi nusyuz.

(2) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin semula atau menjadi nusyuz, kecuali diperuntukkan selainnya oleh perjanjian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.