ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN IV - PENDAFTAR SEKOLAH ISLAM



Seksyen 13. Permohonan untuk Pendaftaran.

(1) Mana-mana orang yang hendak mendirikan Sekolah Islam hendaklah memohon untuk pendaftaran, dalam borang yang ditetapkan, kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar suratcara yang dicadangkan bagi Jemaah Pengurusan itu.

(2) Setelah menerima suatu permohonan, Pendaftar hendaklah menimbangkan sama ada hendak meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3) Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan suratcara Sekolah Islam itu sekali dengan Jemaah dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran bagi sekolah itu dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.