ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 34. Fatwa tidak sah.

Seseorang yang memberi fatwa untuk diikuti oleh orang awam mengenai apa-apa soalan ajaran Islam atau Hukum Syarak berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diwartakan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali dan fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.