ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 204. Kiriman melalui pos.

(1) Pendaftar boleh dengan budibicaranya dan jika dipohonkan sedemikian mengirim melalui pos apa-apa wang yang hendak dibayar keluar oleh Mahkamah.

(2) Jika wang dikirimkan melalui pos, Pendaftar hendaklah mengambil resitnya sebelum kiriman itu dibuat dan tanggungan rugi kiriman tersebut hendaklah ditanggung oleh penerima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.