ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 76. Pembayaran zakat

Zakat padi, jagung, atau lain-lain makanan asas yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa mengikut Hukum Syarak hendaklah dibayar dengan padi, jagung, atau lain-lain makanan asas atau dengan wang tunai menurut nilaian harganya sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.