ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX
Darihal Pertuduhan



Seksyen 90. Perbicaraan terhadap lebih daripada satu kesalahan.

(1) Jika dalam satu siri perbuatan yang berkaitan di antara satu dengan yang lain sehingga menjadikan urusab yang sama, dia boleh dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(2) Jika perbuatan-perbuatan yang dikatakan telah dilakukan itu menjadi kesalahan yang termasuk di bawah dua atau lebih tafsiran undang-undang yang berkuatkuasa bagi mentafsirkan atau menghukum kesalahan-kesalahan, maka orang yang dituduh atas kesalahan-kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(3) Jika beberapa perbuatan yang mana satu atau lebih dengan sendirinya atau kesemuanya menjadi satu kesalahan dan apabla dicampurkan kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi kesalahan yang wujud daripada perbuatan-perbuatan yang dicampurkan itu atau mana-mana jua kesalahan yang wujud daripada salah satu ataupun lebih perbuatan-perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.