ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXIII - RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 242. Rekod rayuan.

(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi kehendak seksyen 241 atau Mahkamah Rayuan Syariah telah membenar pihak merayu sebagai seorang papa, Mahkamah di mana rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan yang dikehendaki salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-salinan-

(2) Sebaik sahaja rekod rayuan siap disediakan Mahkamah dari mana rayuan dibuat hendaklah menyampaikan kepada pihak merayu notis dalam Borang 36.

(3) Jika pihak merayu berpendapat bahawa mana-mana ekshibit dokumen yang digunakan adalah tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod itu, ia hendaklah mendapat kebenaran bertulis semua pihak rayuan itu supaya dokumen itu digugurkan daripada rekod itu. Kebenaran bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

(4) Apabila diminta oleh pihak merayu dan, jika deposit yang tersebut di dalam seksyen 241 (5) tidak mencukupi setelah dijelaskan oleh pihak merayu bayaran selanjutnya bagi mencukupi kos penyediaan rekod rayuan itu, Pendaftar hendaklah-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.