ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 114. Hak pihak menentang tentang tulisan yang digunakan untuk mengingatkan semula.
Apa-apa tulisan yang disebut di bawah seksyen 112 atau 113 hendaklah dikemukakan dan ditunjukkan kepada pihak menentang, jika dia menghendakinya; pihak itu boleh, jika dia suka, memeriksa balas saksi itu mengenai tulisan itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.