ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Adalah Qarinah



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang-orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, adalah qarinah.

(2) Orang-orang itu dipanggil pakar.

(3) Dua orang pakar atau Iebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan jika boleh, tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberi pendapat yang berlainan, maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.
MISALAN

Soalnya ialah sama ada suatu dokumen tertentu ditulis oleh A. Suatu dokumen lain dikemukakan yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A.

Pendapat pakar mengenai soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang berlainan adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.