ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 203. Cara pembayaran.

Pembayaran keluar boleh dibuat dengan tunai jika tidak melebihi $50.00 dan jika melebihi $50.00 hendaklah dibuat dengan cek berpalang yang dituliskan "tak boleh niaga" untuk faedah penerima dan ditanda "laku dalam tempoh 90 hari dari tarikh pengeluaran". Cek yang tidak ditunaikan dalam tempoh masa tersebut boleh diperbaharui atau diganti.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.