ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah.
Fakta boleh menjadi qarinah-
(a)
jika ianya tidak konsisten dengan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan;
(b)
jika dengan sendirinya atau berhubung dengan fakta lain, ianya menyebabkan kemungkinan wujudnya atau tidak wujudnya sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada
A
melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu
A
berada di Ipoh adalah qarinah.
Fakta bahawa pada waktu yang hampir jenayah itu dilakukan,
A
berada di tempat jauh dari tempat jenayah itu dilakukan, yang mana menjadikan tidak mungkin sekali, walaupun tidak mustahil, bahawa ia telah melakukan adalah qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada
A
telah melakukan sesuatu jenayah.
Hal keadaannya adalah sedemikian bahawa jenayah itu mesti telah dilakukan oleh salah seorang dari
A
,
B
,
C
dan
D
. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak boleh dilakukan oleh sesiapa lain dan bahawa ia tidak dilakukan oleh sama ada
B
,
C
, atau
D
adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.