ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVIII - MURAJA'AH



Seksyen 167. Kebenaran untuk pihak hadir.

Mana-mana pihak tidak mempunyai hak untuk didengar sama ada secara persendirian atau melalui Peguam Syarienya di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah sewaktu menjalankan kuasa muraja'ahnya:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasa itu mendengar mana-mana pihaknya, sama ada secara persendirian atau melalui Peguam Syarienya dan tiada apa pun di dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh subseksyen (2) seksyen 166.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.