ENAKMEN 14 TAHUN 1992
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1992

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 24. Peguam Syarie.

(1) Ketua Hakim Syarie bolehlah, apabila dibayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah -

(3) Walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada seorang Peguam Syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding dihadapannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.