ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXXI - RAYUAN



Seksyen 228. Notis rayuan.

(1) Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, manakala keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah dan hendaklah dilaksanakan dengan cara memberi notis rayuan dalam Borang 32 yang ditetapkan.

(2) Seseorang pihak merayu boleh merayu atas seluruh atau mana-mana bahagian sesuatu keputusan dan notis rayuan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja dan bahagian mana keputusan itu dirayukan.

(3) Notis rayuan hendaklah difail dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan itu dibuat di Mahkamah dari mana keputusan itu dirayu dan Mahkamah itu hendaklah membekalkan kepada pihak merayu, setelah ia menjelaskan bayaran mengenainya, suatu salinan sah hukuman itu atau, jika hukuman bertulis tidak diberi alasan hukuman hendaklah dibekalkan.

(4) Sebaik sahaja salinan sah hukuman siap disediakan Mahkamah hendaklah memberitahu perkara itu kepada pihak merayu.

(5) Dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan itu pihak merayu hendaklah, melainkan Mahkamah dengan alasan yang mencukupi memerintah sebaliknya,-
(6) Notis rayuan itu hendaklah disampaikan oleh pihak merayu kepada semua pihak yang secara langsung terlibat dengan rayuan itu atau kepada peguam mereka masing-masing. Pihak yang tidak berkenaan tidak perlu disampaikan notis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.