ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Keterangan Dokumen



Seksyen 54. Membuktikan tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan.

Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis kesemuanya atau sebahagiannya oleh seseorang, maka tandatangan itu atau tulisan tangan sebanyak mana yang ada dalam dokumen itu yang dikatakan dengan tulisan tangan orang itu hendaklah dibukti sebagai tulisan tangannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.