ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 35. Tanggungan Pemungut Hasil Tanah.

(1) Pemungut Hasil Tanah tiada sekali-sekali boleh mengeluarkan perintah menurut seksyen-seksyen 346 dan 348 Kanun Tanah Negara 1965 berkenaan dengan sebarang tanah yang menjadi bahagian harta pesaka bagi seorang Islam yang mati hingga ia sendiri telah puashati iaitu sebarang bahagian daripada harta pesaka yang terhak kepada Baitul-Mal itu telah dibayar atau Bendahari itu telah membenarkan perkara itu ditangguhkan atau dijelaskan bagaimana yang dipersyaratkan kemudian daripada itu.

(2) Dipersyaratkan iaitu jika Bendahari itu puashati iaitu bahagian yang terhak kepada Baitul-Mal itu tidak dapat dibayar dengan serta merta maka bolehlah ia membenarkan perkara itu ditangguhkan atau dijelaskan dengan apa-apa jua syarat yang patut pada timbangan dan hendaklah mengakukan dengan surat yang dia telah berbuat demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.