ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 53. Anggapan mati.

(1) Jika suami seseorang perempuan telah mati, dipercayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh tujuh tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu sehingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, tetapi perakuan kematian di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [61/57] tidak dapat diperolehi, Mahkamah boleh, atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarkan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan mengganggap suami itu telah mati, dan kemudian daripada itu perempuan itu adalah bebas berkahwin semula mengikut Enakmen ini.

(2) Suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami itu dalam erti seksyen 14(4)(b).

(3) Dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin semula tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) walau pun Mahkamah Tinggi mungkin telah memberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.


(4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.