ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 91. Orang yang berhak kepada penjagaan.

(1) Sungguhpun hak terhadap hadanah atau penjagaan anak mungkin terletakhak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang daripada yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-

dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman, dan boleh dipercayai.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika had-had dan syarat-syarat bagi suratcara yang meletakkan harta pada kanak-kanak itu terang-terang tidak membenarkan orang yang tersebut di dalamnya daripada menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(3) Bagi maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan dia telah genap umur lapan belas tahun.

(4) Walau apa pun peruntukan-peruntukan di atas, maslahah anak hendaklah diutamakan dalam menentukan penjagaan kanak-kanak dan hartanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.