ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - Beban Bukti



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh termasuk dalam kecualian.

Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan adanya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam pengecualian am di dalam undang-undang atau di dalam mana-mana kekecualian khas atau syarat yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang itu, adalah terletak atasnya, dan mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai tidak ada.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.