ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
KIRA-KIRA



Seksyen 54. Anggaran-anggaran.

(1) Majlis hendaklah menyedia dan menyembahkan kepada Raja-dalam-Mesyuarat tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam tiap-tiap tahun akan anggaran-anggaran segala pendapatan dan perbelanjaan Majlis termasuk di dalamnya anggaran-anggaran semua harta yang boleh diterima dan boleh dipisahkan yang berupa mata benda, berkenaan dengan tahun hadapan. Raja-dalam-Mesyuarat boleh meluluskan anggaran-anggaran itu atau boleh memerintahkan yang tersebut itu dipinda. Tatkala telah dilulus atau dipinda, maka anggaran-anggaran tersebut hendaklah diterbitkan di dalam Warta Kerajaan.

(2) Majlis boleh pada bila-bila masa pun menyembahkan kepada Raja-dalam-Mesyuarat anggaran-anggaran tambahan bagi perbelanjaan berkenaan dengan tahun ini, atau, pada bila-bila masa pun sebelum 31 haribulan Mac dalam sesuatu tahun, berkenaan dengan tahun yang dahulunya, dan yang tersebut itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah diterbitkan, dengan jalan seumpama itu.

(3) Wang tidak boleh dibelanjakan, atau harta dipisahkan yang berupa mata benda, terkecuali mengikut anggaran-anggaran sebagaimana yang tersebut dahulu dan dengan satu baucer ditandatangani oleh Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.