ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 64. Buku harian mengenai tindakan dalam penyiasatan.

(1) Tiap-tiap Penyelia Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah dari hari ke hari mencatatkan tindakan-tindakannya di dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan-
(2) Walau apapun yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950, seseorang yang dituduh tidaklah berhak, sama ada sebelum atau dalam masa penyiasatan atau pembicaraan dijalankan, meminta atau memeriksa buku harian penyiasatan itu.

Dengan syarat bahawa jika Penyelia Agama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada buku harian itu bagi maksud seksyen-seksyen 159 atau 160 Akta tersebut maka catatan-catatan yang hanya telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dituduh itu, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.