ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes-kes mal, keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang menafikan hendaklah diminta bersumpah mengikut Hukum Syarak.

(2) (a) Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak secara mutlak.
(3) Di dalam kes-kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan tertuduh melainkan tertuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.