ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX
Prosiding Mengenai Beberapa Kesalahan Berkenaan Pentadbiran Keadilan.



Seksyen 175. Kuasa mengurangkan hukuman.

Apabila mana-mana Mahkamah di bawah seksyen 172 telah menghukumkan pesalah kerana enggan atau tidak membuat apa-apa yang ia telah dengan sahnya dikehendaki buat atau kerana sengaja mengaib, menghina atau mengganggu Mahkamah itu, Mahkamah boleh menurut budi bicaranya melepaskan pesalah itu atau mengurangkan hukumannya apabila pesalah telah mematuhi perintah atau permintaan Mahkamah atau jika dia meminta maaf dengan memuaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.