ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Seksyen 26. Saraan, elaun dan prosedur.
(1) Maka hendaklah dibayar kepada ahli-ahli Majlis atau Jawatankuasanya atau mana-mana orang lain apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui kaedah.
(2) Majlis boleh, tertakluk kepada Enakmen ini menentukan semua perkara berkaitan dengan prosedur dan amalannya sendiri:
Dengan syarat amalan-amalan dan prosedur yang dipakai oleh Kerajaan Negeri boleh digunakan sebagai panduan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.