ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 111. Perkara-perkara yang boleh dibuktikan berhubung dengan kenyataan yang dibuktikan yang berkaitan di bawah seksyen 20 atau 21.

Apabila sesuatu yang berkaitan di bawah seksyen 20 atau 21 dibuktikan, maka bolehlah dibuktikan segala perkara sama ada bagi menyangkal atau menyokong kenyataan itu, atau bagi mencabar atau mengesahkan kebenaran orang yang telah membuatnya itu, iaitu segala perkara yang boleh dibuktikan sekiranya orang itu telah dipanggil sebagai seorang saksi dan apabila diperiksa balas ianya telah menafikan kebenaran perkara yang dikatakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.