ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 37. Pemujaan.

Seseorang yang memuja pantai, padang, pokok kayu, kubur, hutan belukar, bukit atau mana-mana orang atau apa-apa benda dengan apa-apa jua cara yang bercanggah dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali; dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya alat-alat yang digunakan atau bangunan atau binaan yang digunakan bagi pemujaan itu dimusnahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.