ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 266. Notis untuk mengakui fakta atau dokumen.

Apabila sesuatu fakta relevan atau dokumen itu nampaknya susah atau mahal untuk dibuktikan, pihak yang menanggung beban membuktinya itu boleh dengan memberi notis menghendaki mana-mana pihak lain mengakui hal itu bagi maksud prosiding khas sahaja dan tertakluk kepada pengecualian yang patut sahaja. Sesuatu pengakuan sedemikian boleh juga dibuat dengan surat. Jika pengakuan itu tidak dibuat dan Mahkamah berpendapat bahawa dalam hal keadaan itu adalah tidak berpatutan untuk membuatnya, Mahkamah boleh memerintah pihak itu untuk membayar kos bagi membuktikan fakta atau dokumen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.