ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 151. Kos.

(1) Tertakluk kepada subseksyen yang berikut, dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab 3, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawardkan apa-apa kos yang difikirkannya patut dibayar oleh pengadu kepada tertuduh atau oleh tertuduh kepada pengadu:

Dengan syarat bahawa tiada kos boleh diawardkan dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap suatu perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa ia memberikan keputusannya.

(3) Walau bagaimanapun, tiada kos boleh diawardkan sama ada terhadap atau memihak kepada Pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.