ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Peruntukan Am



Seksyen 67. Kehadiran dalam prosiding.

(1) Dalam mana-mana prosiding jenayah, hendaklah tiap-tiap orang yang dituduh hadir sendiri, walaupun dia diwakili oleh peguam, melainkan diperuntukkan selainnya dengan nyata.

(2) Dalam mana-mana prosiding sivil, tiap-tiap pihak bolehlah hadir sama ada sendiri atau melalui peguam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.