ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VII - PEMUNGUTAN DAN KEDAPATAN BALIK ZAKAT



Seksyen 53. Pulangan bayaran berlebihan.

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, jika dibuktikan hingga memuaskan hati Setiausaha bahawa mana-mana orang telah membayar zakat bagi mana-mana tahun taksiran (melalui potongan atau sebaliknya) melebihi amaun yang kena bayar di bawah Enakmen ini, orang itu adalah berhak meminta supaya lebihan itu dipulangkan balik oleh Majlis dan, jika orang itu tidak berpuas hati dengan amaun yang hendak dipulangkan balik kepadanya dia boleh dalam masa tiga puluh hari setelah diberi tahu akan amaun itu merayu kepada Pesuruhjaya Khas seolah-olah pemberitahuan itu adalah suatu notis taksiran, dan peruntukan-peruntukan Enakmen ini berhubung dengan rayuan adalah terpakai dengan sewajarnya dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu.

(2) Tiada apa-apa tuntutan untuk bayaran balik di bawah seksyen ini boleh menjadi sah melainkan jika ianya dibuat dalam masa enam tahun selepas akhir tahun taksiran yang dimaksudkan dengan tuntutan itu atau, jika tuntutan itu adalah berkaitan dengan pembayaran balik zakat yang dikenakan ikut taksiran itu, dalam masa enam tahun selepas akhir tahun taksiran yang dalam tempohnya taksiran itu dibuat.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuatkuasa sebagai-

(4) Wakil orang tak upaya atau simati adalah berhak mendapat pulangan balik di bawah subseksyen (1) bagi faedah orang itu atau harta pusakanya apa-apa lebihan mengikut pengertian subseksyen itu, dan bagi maksud subseksyen ini pembayaran zakat oleh wakil kepada orang yang sedemikian itu hendaklah disifatkan telah dibuat oleh orang itu.

(5) Dalam seksyen ini-

"orang tak upaya" ertinya seseorang yang oleh kerana ketakupayaan, kebankrapan atau penyelesaian atau kerana apa-apa sebab lain tidak dapat menguruskan hal-ehwalnya sendiri;

"wakil" ertinya, dalam hal simati wasi atau pentadbirnya, dan dalam hal orang tak berdaya, penjaga, jawatankuasa, pemegang serahhak kebankrapan, likuidator atau lain-lain orang yang mengurus atau mengawal harta pusaka, harta, aset atau hal-ehwalnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.