ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang terkemudian.

(1) Sesuatu fakta adalah relevan jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi sesuatu fakta isu atau fakta qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang ejen kepada sesuatu pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan sesuatu fakta yang menjadi soal dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara sesuatu prosiding, adalah relevan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu fakta yang menjadi soal atau fakta qarinah, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1
- Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan melainkan jika kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain daripada kenyataan tersebut; tetapi huraian ini tidak menyentuh qarinahnya kenyataan-kenyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2
- Apabila kelakuan seseorang adalah relevan apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapannya dan dalam pendengarannya yang menyentuh kelakuannya itu adalah juga qarinah.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.