ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 100. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan akadnikah perkahwinan.

(1) Seseorang yang dengan sengaja mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan-
adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu upacara akadnikah dengan sesiapa jua, berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.