ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 104. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dsb.

Apabila menimbangkan apa-apa soal berhubungan dengan penjagaan atau nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah hendaklah, bila-bila juga praktik, menerima nasihat seseorang, sama ada pegawai awam atau tidak, yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi Mahkamah tidaklah terikat untuk menurut nasihat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.