ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV
Darihal Perpindahan Kes-kes Jenayah



Seksyen 203. Permohonan untuk perpindahan mesti disokong oleh afidavit.

(1) Setiap permohonan untuk menjalankan kuasa seperti yang dinyatakan oleh seksyen yang terdahulu daripada ini hendaklah dibuat dengan usul yang akan disokong oleh afidavit.

(2) Setiap permohonan hendaklah dibuat sebelum perbicaraan terhadap kesalahan itu tamat.

(3) Setiap orang yang dituduh yang membuat apa permohonan hendaklah memberi kepada Pendakwa Syarie notis permohonan secara bertulis, bersama-sama dengan salinan mengenai alasan atas mana ianya dibuat dan arahan tidak akan dibuat atas alasan permohonan itu kecuali sekurang-kurangnya dua puluh empat jam telah berlalu antara pemberian notis dengan pendengaran permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.