ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Mana-mana orang yang memberi, mengembang atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Undang-Undang Islam atau apa-apa isu yang betentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di dalam Negeri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.