ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT



Seksyen 112. Soalbalas.

(1) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaikan kebenaran fakta yang terdapat di dalam sesuatu afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan notis hasratnya untuk menyoal balas orang yang membuat afidavit itu dan seterusnya jika orang yang membuat afidavit tidak dikemukakan untuk soalbalas, Mahkamah hendaklah melainkan di dalam keadaan khas menolak atau mengenepikan afidavit itu.

(2) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya menghendaki kehadiran mana-mana orang yang membuat afidavit dan jika ia gagal hadir, Mahkamah boleh menolak atau mengenepikan affidavit itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.