ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
JAMAAH ULAMA'



Seksyen 33. Penubuhan Jamaah Ulama'.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan bagi maksud menasihati Majlis atau lain-lain perkara berhubung dengan fatwa yang hendak dikeluarkan mengikut mana-mana peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen ini, suatu Jamaah Ulama' yang terdiri daripada -
(2) Ahli-ahli Jamaah Ulama', selain daripada Mufti dan Timbalan Mufti, hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan bagi suatu tempoh mengikut budicaranya dengan tauliah yang ditandatangani dan dimeteraikan mohornya dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana perlantikan itu.

(3) Semua perlantikan dan pembatalan di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu melalui Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.