ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Kuasa untuk memecah buka mana-mana tempat bagi maksud pembebasan.

Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain yang diberi kuasa membuat penangkapan boleh memecah buka mana-mana tempat untuk membebaskan dirinya atau mana-mana orang lain yang setelah memasuki tempat itu dengan sah bagi maksud membuat suatu penangkapan, tertahan di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.