ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Pendapat orang lain bila berkaitan



Seksyen 36. Bila pendapat tentang adanya urf atau hak berkaitan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang adanya apa-apa urf atau hak am maka pendapat tentang adanya urf atau hak itu dari orang yang mungkin tahu mengenai adanya urf atau hak itu, sekiranya ia sungguh ada, adalah berkaitan.

Huraian-Perkataan "urf atau hak am" adalah termasuk urf atau hak bersama antara sebahagian besar golongan masyarakat tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.